Kelas Keusahawanan – FB dan Online Marketing

25 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November yang lalu telah diadakan kelas keusahawanan – FB dan online marketing. Peserta terdiri daripada komuniti PA DBKL Desa Rejang yang mengikuti kelas asas keusahawanan pada 10 November yang lalu. Kelas telah diadakan selama 3 jam bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Peserta diajar menggunakan modul dari Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi Pusat Internet (Pi) Urban Poor dari Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Peserta didedahkan dengan perniagaan secara atas talian dan cara pemasaran untuk menaikkan jumlah jualan. Selain itu, peserta juga diajar menggunakan online banking dan media social untuk tujuan pembayaran dan pemasaran yang efektif pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali